Selepas anda menghantar permintaan pengeluaran, anda mungkin diminta untuk melengkapkan pengesahan wajib sebelum pengeluaran diproses. Ini merupakan prosedur keselamatan standard yang direka untuk melindungi akaun anda dan memastikan dana dihantar kepada pemilik akaun yang sah.
Dalam artikel ini, anda akan mengetahui mengapa pengesahan ini diperlukan, cara melengkapkannya, dan apa yang akan berlaku kepada pengeluaran anda semasa proses pengesahan dijalankan.
Bolehkah saya menghantar permintaan pengeluaran tanpa pengesahan?
Ya, anda boleh menghantar permintaan pengeluaran tanpa melengkapkan pengesahan. Walau bagaimanapun, anda mungkin diminta untuk melengkapkan pengesahan selepas menghantar permintaan pengeluaran. Jika ini berlaku, permintaan pengeluaran anda mungkin kekal ditangguhkan sehingga proses pengesahan selesai.
Bagaimanakah cara melengkapkan pengesahan?
Untuk melengkapkan pengesahan:
Buka permintaan pengesahan melalui pemberitahuan. Anda juga boleh mengakses bahagian Pengesahan secara terus melalui pautan.
Muat naik dokumen yang diminta.
Tunggu sehingga pasukan pengesahan kami menyemak dokumen anda.
Anda akan menerima pemberitahuan mengenai status pengesahan. Anda juga boleh menyemak statusnya melalui profil anda.
Untuk maklumat lanjut tentang proses pengesahan, termasuk dokumen yang diperlukan dan langkah-langkah pengesahan, baca artikel.
Dokumen apakah yang mungkin diperlukan?
Untuk mengesahkan identiti anda, anda mungkin diminta untuk menyerahkan:
Bukti identiti.
Swafoto 3D.
Dalam sesetengah kes, anda juga mungkin perlu menyerahkan:
Bukti alamat.
Bukti pembayaran.
Sila muat naik hanya dokumen yang diminta dalam permintaan atau pemberitahuan pengesahan anda.
Apa yang berlaku kepada pengeluaran saya semasa proses pengesahan?
Permintaan pengeluaran anda akan kekal ditangguhkan sehingga proses pengesahan selesai.
Sebaik sahaja akaun anda disahkan, kami akan meneruskan pemprosesan pengeluaran mengikut tempoh pemprosesan standard.
Mengapakah pengesahan ini diperlukan?
Pengesahan wajib membantu melindungi akaun dan dana anda dengan mengesahkan identiti anda sebelum pengeluaran diproses.
Ia juga merupakan sebahagian daripada keperluan Know Your Customer (KYC) dan Anti-Money Laundering (AML) yang membantu memastikan transaksi kewangan lebih selamat.
Berapa lamakah proses pengesahan mengambil masa?
Selepas semua dokumen yang diperlukan dihantar, proses pengesahan mengambil masa 1–5 hari bekerja. Sila ambil perhatian bahawa hari Sabtu dan Ahad tidak dikira sebagai hari bekerja.
Berapa lamakah masa yang diambil untuk memproses pengeluaran selepas pengesahan selesai?
Selepas pengesahan selesai, pengeluaran anda akan diprosses dalam tempoh 1–5 hari bekerja.
Sila ambil perhatian bahawa hari Sabtu dan Ahad tidak dikira sebagai hari bekerja.
Adakah pengeluaran anda masih ditangguhkan kerana pengesahan wajib?
Jangan risau! Hubungi pasukan sokongan kami dengan mengklik butang di bawah 👇



