Apakah gelinciran harga?
Gelinciran harga ialah perbezaan antara harga yang dijangkakan untuk sesuatu dagangan dengan harga sebenar pesanan tersebut dilaksanakan. Ia boleh berlaku apabila harga pasaran berubah antara waktu pesanan dihantar dengan waktu pesanan dilaksanakan. Jika harga yang dijangkakan tidak lagi tersedia, pesanan boleh dilaksanakan pada sebut harga pasaran tersedia yang berikutnya dan direkodkan dalam Sejarah Sebut Harga.
📈 Apakah perbezaan antara harga yang dijangkakan dengan harga pelaksanaan?
Harga yang dijangkakan ialah harga yang anda jangkakan untuk pesanan dilaksanakan ketika anda menghantarnya.
Harga pelaksanaan ialah harga sebenar pesanan diselesaikan. Harga ini mungkin berbeza daripada harga yang dijangkakan jika keadaan pasaran berubah sebelum pesanan dilaksanakan.
💹 Apakah maksud gelinciran harga positif dan negatif?
Gelinciran harga boleh menjadi positif atau negatif:
Gelinciran harga positif berlaku apabila harga pelaksanaan lebih menguntungkan daripada harga yang dijangkakan.
Gelinciran harga negatif berlaku apabila harga pelaksanaan kurang menguntungkan daripada harga yang dijangkakan.
Sama ada sesuatu harga itu lebih atau kurang menguntungkan bergantung pada arah dagangan.
📝 Contoh gelinciran harga
Katakan anda membuka dagangan menaik pada harga $100 dan menetapkan Stop Loss pada $95. Semasa pergerakan harga yang pantas, sebut harga yang direkodkan bergerak terus daripada $96 kepada $93, tanpa sebut harga pada $95.
Stop Loss dicetuskan apabila harga melepasi paras yang dipilih, tetapi dagangan ditutup pada $93, iaitu sebut harga tersedia yang berikutnya. Perbezaan sebanyak $2 antara paras Stop Loss yang dipilih dengan harga penutupan ialah gelinciran harga negatif.
Gelinciran harga juga boleh menjadi positif. Contohnya, jika Take Profit ditetapkan pada $105 dan sebut harga bergerak terus daripada $104 kepada $107, dagangan mungkin ditutup pada $107.
Sebut harga yang direkodkan pada waktu pelaksanaan boleh disemak dalam Sejarah Sebut Harga.
🔍 Mengapakah gelinciran harga berlaku?
Gelinciran harga boleh berlaku atas beberapa sebab:
Kemeruapan pasaran dan pergerakan harga yang pantas
Semasa tempoh kemeruapan yang tinggi, harga boleh berubah dengan cepat. Harga yang dijangkakan mungkin tidak lagi tersedia pada waktu pesanan dilaksanakan.
Kecairan rendah
Kecairan merujuk kepada betapa mudahnya sesuatu aset boleh dibeli atau dijual. Apabila kecairan rendah, pembeli atau penjual mungkin tidak mencukupi pada harga yang dijangkakan. Akibatnya, pesanan boleh dilaksanakan pada sebut harga pasaran tersedia yang berikutnya.
Waktu pelaksanaan pesanan
Pelaksanaan pesanan memerlukan sedikit masa. Harga pasaran mungkin berubah dalam tempoh ini, terutamanya apabila harga bergerak dengan pantas.
Jurang antara harga pasaran yang tersedia
Kadangkala, mungkin terdapat jurang antara satu sebut harga pasaran yang tersedia dengan sebut harga berikutnya. Jika harga yang dijangkakan tidak lagi tersedia disebabkan oleh jurang tersebut, pesanan boleh dilaksanakan pada sebut harga pasaran tersedia yang berikutnya dan direkodkan dalam Sejarah Sebut Harga.
❓ Soalan lazim
Adakah gelinciran harga merupakan kerosakan platform?
Tidak. Gelinciran harga ialah fenomena berkaitan pasaran yang boleh berlaku apabila harga berubah atau harga yang dijangkakan tidak lagi tersedia semasa pelaksanaan pesanan.
Bolehkah gelinciran harga mempengaruhi Stop Loss dan Take Profit?
Ya. Semasa pergerakan pasaran yang pantas, harga mungkin melepasi paras Stop Loss atau Take Profit yang dipilih sebelum dagangan dapat ditutup. Jika paras yang dipilih tidak lagi tersedia, dagangan akan ditutup pada sebut harga tersedia yang berikutnya. Akibatnya, harga penutupan mungkin berbeza daripada paras Stop Loss atau Take Profit yang anda tetapkan. Anda boleh menyemak sebut harga yang digunakan pada waktu pelaksanaan dalam Sejarah Sebut Harga.
Mengapakah harga pelaksanaan mungkin berbeza daripada harga yang ditunjukkan pada carta?
Harga yang ditunjukkan pada carta tidak menjamin pesanan akan dilaksanakan tepat pada harga tersebut. Harga pasaran mungkin berubah sebelum pesanan dilaksanakan. Sejarah Sebut Harga ialah sumber untuk mengesahkan sebut harga pasaran yang direkodkan pada waktu pelaksanaan.
Bolehkah gelinciran harga dielakkan?
Tidak semestinya. Gelinciran harga bergantung pada perubahan keadaan pasaran dan ketersediaan harga pasaran semasa pelaksanaan.

